Pusat hiburan tawar GRO pada pelanggan Myanmar digempur

Pusat hiburan tawar GRO pada pelanggan Myanmar digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menggempur sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Bandar Manjalara dekat sini dengan menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk pelanggan warga Myanmar, semalam. 

Serbuan Op Noda kira-kira 12.10 tengah malam itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, serbuan bertindak menahan 20 individu warga Myanmar berusia 18 hingga 39 tahun. 

Beliau berkata, tangkapan membabitkan tujuh wanita disyaki GRO, seorang penjaga premis dan pekerja serta 11 pelanggan lelaki.

“Polis telah merampas peralatan audio, dokoder, tablet, minuman keras, buku resit jualan serta wang tunai.

“Siasatan awal mendapati premis tidak mempunyai lesen perniagaan selain menggajikan pekerja asing secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pusat hiburan yang berkonsepkan KTV dengan menyediakan dua bilik karaoke hanya untuk pelanggan warga Myanmar.

Jelasnya, ada antara tangkapan warga asing ini menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 serta Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN