Perejam muda Malaysia, Khairul Aman dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur

Perejam muda Malaysia, Khairul Aman dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur

KHAIRUL Aman Rosdi (tengah) dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara terpaksa melupakan khidmat perejam muda, Khairul Aman Mohd. Rosdi dalam aksi terakhir Kumpulan B menentang Korea Selatan dalam acara berpasukan esok.

Ini selepas pemain berasal dari Kemaman, Terengganu itu berdepan masalah kesihatan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan ketika Malaysia berdepan Jepun malam ini.

“Kita tunggu laporan rasmi doktor HKL berkenaan status Khairul Aman, ketika ini dia memang tidak cergas untuk beraksi esok (menentang Korea Selatan). Itu sahaja yang boleh saya kongsikan ketika ini.

“Saya juga sedang tunggu laporan rasmi, sekarang pegawai perubatan juga sedang pantau keadaan Khairul Aman di HKL,” kata ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun.

Terdahulu, Khairul Aman diturunkan dalam regu kedua ketika Malaysia berdepan Jepun, namun belum sempat permainan dimulakan, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibawa keluar oleh Ahmad Jais.

Tempat Khairul Aman dalam perlawanan berkenaan digantikan oleh Noraizat Nordin dan difahamkan perejam muda tersebut terus dibawa dengan menaiki ambulan ke HKL untuk mendapatkan rawatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN