Penggali kubur mengaku tak bersalah larikan RM100,150 sejak 2013

Penggali kubur mengaku tak bersalah larikan RM100,150 sejak 2013

NAZARUDIN Mahmud didakwa atas pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pegawai pemindahan wang yang melarikan wang tunai lebih RM100,000 pada 12 tahun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Nazarudin Mahmud, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang ketika itu bekerja sebagai pegawai ‘cash in transit’ sebuah syarikat kewangan didakwa melakukan pecah amanah wang tunai sebanyak RM100,150 di sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam pada pukul 2.08 petang, 31 Mei 2013.

Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun, tetapi tidak lebih 14 tahun dan sebatan serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu memaklumkan tertuduh gagal dikesan selama ini, namun ditahan polis selepas namanya tersenarai dalam rekod dikehendaki.

Tertuduh ditahan dua hari lalu di sekitar bandar raya ini dan kesnya tidak pernah didakwa di mahkamah sebelum ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela kini bekerja sebagai penggali kubur dengan pendapatan bulanan RM1,600.

Mahkamah memberikan jaminan berjumlah RM10,000 serta menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN