Mohon doa ingin meninggal dunia di Mekah
SOALAN
Saya ingin mohon penjelasan ustaz adakah hukumnya bakal haji memohon doa supaya dia meninggal dunia di Mekah? Bolehkah berdoa seperti itu?
Zaihan
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Tidak boleh memohon doa kematian melainkan untuk mati syahid, mati di Madinah bagi mengelak daripada fitnah agama. Mohonlah supaya umur panjang dan husnul khatimah.
Puasa Arafah
SOALAN
Hari Arafah dijangka jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025 dan umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Bagi mereka yang melazimi berpuasa sunat pada Isnin dan Jumaat, bolehkah mereka berpuasa sunat pada Khamis, 5 Jun 2025, sehari sebelum hari Arafah?
Zubir,
Selangor
JAWAPAN
Puasa boleh dilakukan pada hari Khamis tersebut sekiranya di Malaysia belum lagi masuk Hari Raya Aidiladha kerana rakyat malaysia tidak terikat dengan waktu di Mekah.
Waktu sesuai mohon doa mustajab
SOALAN
Apakah waktu-waktu doa yang mustajab supaya doa boleh diterima? Adakah kita disyariatkan supaya berdoa sepanjang masa dan di mana juga?
Syafiq
Klang
JAWAPAN
Banyak waktu mustajab doa, waktu tengah malam, waktu sujud, hari jumaat, namun tidak salah kita sentiasa berdoa.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]