PETALING JAYA: Semua kelab Liga Malaysia (Liga M) dibenarkan mendaftarkan 15 pemain import, sekali gus menyaksikan saingan Liga Super Liga Super musim 2025/2026 menggunakan pendekatan seperti liga-liga di Eropah. Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas badan penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Ke-13 Bagi Penggal 2021-2025, semalam. Menerusi kenyataan itu, MFL juga memaklumkan semua kelab Liga Super dibenarkan mendaftar 30 pemain keseluruhan…