Ketua pasukan Alpine berhenti mengejut

Ketua pasukan Alpine berhenti mengejut

OLIVER OAKES - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ketua pasukan Alpine, Oliver Oakes telah meletakkan jawatannya selepas kurang daripada setahun memegang peranan tersebut, menurut pengumuman pasukan Formula Satu (F1) Perancis itu, semalam.

“Pasukan telah menerima peletakan jawatannya serta-merta,” kata Alpine dalam satu kenyataan.

Pemergian mengejut Oakes itu berlaku hanya sembilan bulan selepas dia dilantik menggantikan Bruno Famin dari Perancis.

“Bermula hari ini, Flavio Briatore akan meneruskan peranannya sebagai penasihat eksekutif dan juga akan mengambil alih tugas-tugas yang sebelum ini dijalankan oleh Oliver Oakes,” tambah kenyataan pasukan itu.

Oakes meninggalkan jawatannya ketika Alpine berada di kedudukan kesembilan daripada 10 pasukan dalam kejuaraan dunia konstruktor selepas enam perlumbaan.

“Pasukan ingin mengucapkan terima kasih kepada Oliver atas usahanya sejak beliau menyertai pasukan musim panas lalu dan atas sumbangannya membantu pasukan menduduki tempat keenam dalam kejuaraan konstruktor 2024.

“Pasukan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut,” kata Alpine.

Pemandu Perancis, Pierre Gasly telah mengutip kesemua tujuh mata untuk pasukan berpangkalan di Enstone itu, manakala pelumba Australia, Jack Doohan masih belum mengutip sebarang mata dalam musim pertamanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN