Johor mahu jadi peneraju agenda sukan negara

Johor mahu jadi peneraju agenda sukan negara

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor berada pada landasan tepat untuk menjadi peneraju agenda sukan negara menjelang tahun 2030 hasil pelaburan berterusan pelbagai pihak dalam pembangunan sukan di negeri ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, Johor kini bergerak pantas ke arah menjadi negeri termaju dalam pembangunan sukan tanah air menerusi pembinaan infrastruktur moden, program pembangunan akar umbi serta penglibatan tokoh sukan bertaraf dunia.

“Johor bukan sahaja sedang membina kemudahan sukan bertaraf dunia, malah turut menumpukan usaha melahirkan atlet berkualiti tinggi dan memperkukuhkan industri sukan agar dapat menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

“Saya ingin melihat Johor menjadi negeri contoh dalam melaksanakan agenda Sport Nation menjelang 2030,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Baginda bertitah, kerjasama menyeluruh antara kerajaan negeri, institusi pendidikan, persatuan sukan dan sektor korporat amat dituntut demi merealisasikan hasrat itu bagi membentuk ekosistem sukan bertaraf dunia dan menjadi contoh kepada negeri lain.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, pelantikan ikon sukan seperti Datuk Lee Chong Wei dan Sonny Bill Williams sebagai Duta Sukan Johor turut berperanan sebagai inspirasi dan teladan bagi golongan belia Johor.

Usaha itu juga merupakan strategi berimpak tinggi untuk mempromosikan sukan Johor ke peringkat antarabangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN