SUNGAI PETANI: Berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal bukan penghalang buat guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Puteri Jaya, Mohd. Razif Romle, 39, menabur bakti mendidik sejak 14 tahun lalu. Lelaki yang hanya berketinggian 113 sentimeter (cm) itu juga tidak kekok untuk mengajar pelajar normal walaupun pada awalnya dia dipanggil ‘orang kerdil’ ketika mula-mula melangkah masuk ke sekolah. “Memang peringkat awal terserempak dengan pelajar sewaktu hari pertama persekolahan mereka panggil saya…

								
											








