Ee Wei-Bing Kun bangkit tewaskan wakil Taiwan

Ee Wei-Bing Kun bangkit tewaskan wakil Taiwan

BEREGU campuran Malaysia, Loo Bing Kun (kiri) dan Toh Ee Wei (kanan) ketika perlawanan menentang Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tze pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei menunjukkan semangat juang luar biasa apabila bangkit menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tze dalam pusingan pertama Malaysia Masters 2025, sebentar tadi.

Pasangan yang baru digandingkan itu mencatat kemenangan 20-22, 21-18, 21-15 dalam aksi sengit berdurasi 63 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ee Wei berkata, persembahan mereka mendapat sorakan padu penyokong tuan rumah yang turut menyuntik semangat  untuk terus berjuang sehingga ke mata terakhir.

“Saya agak goyah pada awal permainan, tapi Bing Kun banyak beri sokongan kepada saya dan kami bangkit dengan semangat tinggi selepas itu.

“Walaupun baru digandingkan, semangat kami untuk menang memang tinggi dan itu membantu kami kekal fokus dalam perlawanan,” kata Ee Wei kepada pemberita selepas perlawanan, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Bing Kun pula menyifatkan pengalaman pertama bermain di hadapan ribuan peminat tempatan memberi tekanan, namun berjaya diatasi dengan baik.

“Sebelum masuk gelanggang memang rasa tekanan sikit, tapi bila dah main, semua hilang. Saya hanya main sahaja,” kata Bing Kun.

Pasangan negara dijadual berdepan satu lagi beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan di pusingan kedua esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN