Draper, Ruud berentap di final Terbuka Madrid

Draper, Ruud berentap di final Terbuka Madrid

CASPER Ruud ketika beraksi menentang pemain Argentina, Francisco Cerundolo pada aksi separuh akhir Terbuka Madrid di Sepanyol, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Final Terbuka Madrid Isnin ini bakal menyaksikan pertarungan antara dua pemain yang sedang menulis naratif masing-masing iaitu Jack Draper, bintang muda Britain yang kian mencabar status elit, dan Casper Ruud, pemain Norway yang tekad menamatkan badi di pentas Masters 1000.

Draper mara ke final selepas menewaskan finalis Terbuka Monte Carlo, Lorenzo Musetti 6-3, 7-6(4) serta mencatat kemenangan keempat berturut-turut ke atas pemain Itali itu sekali gus ke final Masters 1000 keduanya musim ini.

“Saya rasa kedua-dua kami bermain sangat berkualiti dari awal, dan Lorenzo memang luar biasa di gelanggang tanah liat.

“Saya kenal Lorenzo sejak zaman remaja, kami pernah bertemu di gelanggang keras dan rumput, tapi di tanah liat dia benar-benar mengancam, jadi kemenangan ini amat bermakna,” kata Draper.

Ruud pula mara selepas menewaskan Francisco Cerundolo 6-4, 7-5 dalam perlawanan sengit hampir dua jam, sambil menyelamatkan 15 daripada 18 mata break point walaupun bergelut dengan kesakitan dada dan belakang.

“Saya tidak pasti saya mampu habiskan perlawanan ini, sejujurnya tapi fisioterapi berjaya ‘betulkan’ belakang saya, satu kelegaan.

“Saya sudah dua kali tewas dalam final Masters sebelum ini, harap kali ketiga ini membawa tuah,” kata Ruud. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya