Brunei DPMM FC sertai Liga M

Brunei DPMM FC sertai Liga M

Skuad Brunei DPMM FC yang beraksi di Liga Singapura musim ini.-IHSAN DPMM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brunei DPMM FC sah akan menyertai saingan Liga Super musim 2025/2026 yang dijangka membuka tirainya pada Ogos depan.

Perkara itu diumumkan pihak pengurusan Brunei DPMM ketika memperkenalkan Fairuz Zakaria sebagai rekut terbaru pasukan tersebut musim depan.

“Fairuz Zakaria telah bersetuju untuk menyertai DPMM FC bagi menghadapi Liga Super Malaysia musim 2025/2026 akan datang.

“Pemain Brunei dan juga pemain Malaysia dianggap sebagai pemain tempatan untuk DPMM FC untuk musim MSL ini, yang merupakan satu berita yang sangat baik untuk kami.

“Beliau (Fairuz) adalah pemain Malaysia pertama yang akan berada dalam senarai DPMM,” kata pasukan berkenaan dalam satu kenyataan.

Fairuz telah menjadi pemain tetap dalam pasukan untuk Penang FC musim lalu dan Brunei DPMM FC berharap beliau akan berjaya bersama pasukan itu pada musim akan datang.

Difahamkan, Brunei DPMM FC mendapat kelulusan pada Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Ke-75 di Asuncion, Paraguay baru-baru ini untuk beraksi di Malaysia.

Bagaimanapun, sehingga kini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum mengumumkan jumlah rasmi pasukan yang akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN