Titipan komen Rozita Ibrahim buat Aliff Syukri sebak - Utusan Malaysia

Titipan komen Rozita Ibrahim buat Aliff Syukri sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak ada lelaki mak paling sayang. Kamu anak kiriman Allah dari syurga. Menerima mak dalam badai dan tenang.”

Demikian respons usahawan, Rozita Ibrahim terhadap perkongsian anaknya, Datuk Seri Aliff Syukur yang mengakui terkesan dengan konflik yang menimpa keluarganya.

Menurut Rozita, Aliff seorang anak yang bertanggungjawab malah sering menjadi pembelanya di saat dirinya berdepan dengan masalah rumah tangga.

“Dalam nikah dan cerai, kamu ke depan nak selamatkan mak. Mak ada cita-cita besar nak jumpa kamu, tauhid untuk ke syurga. Mak sorok kecewa, kamu terus jejaki mak,” katanya di ruangan komen.

Tambah usahawan itu, segala rahsia berkaitan keperitan hidupnya tersimpan rapi oleh menantu kesayangannya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid dan Fiza.

Malah, Rozita turut mengamanahkan mereka untuk berkongsi perkara itu selepas dirinya menemui ajal kerana enggan anak-anaknya bimbang dengan keadaannya.

“Mak suruh Ida rahsiakan, kalau mak mati baru Ida bukakan. Semua rahsia mak ada pada Ida dan Fiza, mereka pegang kunci mak. Mak tak mahu anak-anak mak tahu deritanya jiwa dari muda sampai ke tua.

“Mak tidak mahu anak-anak tahu (itulah kesalahan saya menutupi kesedihan, berpura-pura bahagia) saya berlindung dengan kekuatan Allah. Saya selalu sendiri dan Allah yang ajarkan saya banyak perkara.

“Jangan tambah derita untuk benda tak penting. Fokus kepada kebaikan kerana Allah suka pada kebaikan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak terhadap respons ibu kepada usahawan terkenal itu.

Terdahulu, Aliff tampil menggesa pihak luar untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan mahupun campur tangan dalam urusan keluarganya membabitkan Rozita, Shahida dan adiknya.

Kemelut tersebut mula tercetus apabila pelakon, Rebecca Nur Al Islam meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Shahida yang mendakwa dirinya mencari publisiti kerana kerap memuat naik perkongsian bersama ibu mentuanya.

Susulan itu, pertelingkahan antara dua personaliti ini semakin menjadi sorotan selepas pelakon itu bertindak melondehkan sisi sebenar Shahida di Threads.

Tindakan tersebut akhirnya menuai kecaman bahkan rata-rata netizen menyifatkan Rebecca seorang yang tidak matang kerana terus menyerang Shahida di media sosial.

Bagaimanapun, Rebecca telah bertindak memadam semua pendedahan tersebut selepas menerima teguran dan nasihat daripada abangnya yang juga merupakan suami kepada Rozita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya