Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir BAC

Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir BAC

Pasangan suami isteri itu sejak kebelakangan ini mengalami kemeruduman prestasi selepas sering ditunjuk jalan keluar di peringkat awal dan penampilan pada Terbuka Arctic mungkin boleh dijadikan sebagai suntikan semangat bagi mengembalikan keyakinan yang kian pudar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran nombor satu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mempamerkan aksi konsisten apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan itu menundukkan pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-17, 21-14 dalam tempoh 39 minit pada aksi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China.

Kemenangan itu turut membolehkan mereka menyamai rekod pertemuan 3-3 selepas kali terakhir pasangan negara itu tewas kepada lawan yang sama di suku akhir Terbuka Switzerland, Mac lalu.

Soon Huat-Shevon dijadual menentang Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu esok selepas pasangan dari Indonesia itu menewaskan Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui dari Taiwan 21-9, 21-7.

Sementara itu, bagi acara perseorangan lelaki, wakil negara, Justin Hoh tumpas kepada pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie 21-13, 21-19 dalam tempoh 46 minit.

Perseorangan wanita pula menyaksikan wakil negara Goh Jin Wei kalah kepada pilihan ketujuh kejohanan dari Thailand, Supanida Katethong 21-15, 21-16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN