Sektor teknologi tinggi penyumbang jumlah pelaburan asing di Negeri Sembilan

Sektor teknologi tinggi penyumbang jumlah pelaburan asing di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi menjadi antara penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM7.25 bilion yang dicatatkan Negeri Sembilan tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah pelaburan asing yang diperoleh pada tahun 2024 sebanyak RM3.4 bilion bersamaan 46.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan itu.

Kata beliau, antara projek-projek pelaburan asing yang berteknologi tinggi menyumbang terhadap jumlah pelaburan tersebut termasuklah projek baharu Fraser and Neave bernilai RM1.8 bilion dan projek baharu AntMed Malaysia berjumlah RM0.7 bilion.

“Sepanjang tempoh 2019 sehingga Disember 2024, jumlah keseluruhan pelaburan asing di Negeri Sembilan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi adalah sebanyak RM24.1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Sesi Pertanyaan Lisan (Hari Ketiga) Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Aminuddin menambah, jumlah pelaburan yang dicatatkan pada tahun lalu itu melibatkan 208 projek yang telah diluluskan di Negeri Sembilan.

Jumlah pelaburan tersebut katanya adalah meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dari pelbagai kementerian.

Sementara itu, katanya, jumlah pelaburan daripada bulan Januari hingga Februari tahun ini daripada data rasmi pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) masih belum diumumkan.

“Bagaimanapun, berdasarkan kepada rekod kelulusan projek daripada Invest NS, bagi tempoh Januari hingga Februari 2025, sebanyak enam projek telah diluluskan dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM1.505 bilion,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya