LONDON: Maraton London di England mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi acara maraton dengan jumlah pelari menamatkan larian paling ramai dalam sejarah dunia, kelmarin.
Sebanyak 56,640 pelari berjaya menjejak garisan penamat, sekali gus memadamkan rekod terdahulu 55,646 orang yang dicatat dalam Maraton New York di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) London Marathon Events, Hugh Brashe melihat perkara ini suatu sudut yang positif dengan melihat ribuan pelari melintasi garisan penamat yang ikonik pada kejohanan berkenaan.
“Kami amat teruja dapat memecahkan rekod Guinness World Records. Ianya satu pemandangan luar biasa melihat puluhan ribu orang melintasi Garisan Penamat ikonik di The Mall sepanjang Hari Maraton,” kata Brashe.
Dalam acara elit, pelari Kenya, Sabastian Sawe dinobatkan sebagai juara lelaki manakala bintang Ethiopia, Tigst Assefa mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia kategori wanita.
London Marathon sememangnya terkenal sebagai acara paling popular dengan 840,318 orang sudah pun memohon untuk menyertai edisi 2025.
Lebih membanggakan, acara ini turut menjadi platform kutipan amal terbesar dunia dengan lebih 1.3 bilion Pound (RM7.7 bilion) berjaya dikumpul sejak 1981. – AGENSI