TOKYO: Kumpulan SixTONES dihujani kecaman kerana aksi kurang sopan mereka ketika membuat persembahan di Marine Messe, Fukuoka baru-baru ini.
Dalam kejadian, keenam-enam anggota kumpulan, sengaja melondehkan seluar dan menampakkan sebahagian seluar dalam mereka di hadapan penonton ketika mempersembahkan lagu hits mereka, Ram Pam Pam.
Rakaman kejadian itu, yang tular di Internet, mengundang pelbagai reaksi dengan ramai yang kurang senang dan melayangkan teguran.
“Saya suka lagu dan persembahan mereka, tetapi saya kurang selesa melihat kelakuan sedemikian,” komen seorang netizen.
“Saya tidak nafikan persembahan ini nampak lucah,” tulis seorang lagi netizen.
SixTONES merupakan antara kumpulan Jepun yang semakin mencuri perhatian peminat global.
Kumpulan yang bermula pada tahun 2015 ini mencipta rekod apabila album mereka terjual sehingga enam juta unit- UTUSAN