1,383 rakyat Negeri Sembilan tunai haji tahun ini

1,383 rakyat Negeri Sembilan tunai haji tahun ini

AMINUDDIN Harun menyampaikan kit bakal haji dan buku panduan urus harta bakal haji kepada peserta pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 1,383 rakyat Negeri Sembilan bakal menunaikan ibadah haji pada Musim Haji 1446H/2025 Masihi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan seramai 569 bakal haji lelaki dan 814 bakal haji wanita.

Menurutnya, sebagai tetamu Allah tahun ini, bakal jemaah hendaklah menanam keazaman yang tinggi untuk meraih ganjaran haji mabrur dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap ibadat ketika berada di tanah suci. 

“Hindari perkara-perkara yang merugikan dan membuang masa kerana peluang untuk bergelar sebagai jemaah haji mungkin hanya datang sekali sahaja seumur hidup. 

“Sebelum berangkat ke Tanah Suci, betulkan niat serta banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan haji. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk lebih prihatin, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain kerana sikap bantu-membantu inilah yang terkandung dalam falsafah kefardhuan ibadat haji,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Aminuddin turut menyeru semua bakal jemaah menggunakan perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi urusan zakat, wakaf, wasiat, hibah mahupun urusan hutang yang tidak dapat diselesaikan akibat pemberi hutang atau warisnya gagal dikesan. 

“MAINS menyediakan kemudahan secara dalam talian dan perkhidmatan di semua daerah bagi membantu umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN