Will Smith kembali buat album selepas dua dekad - Utusan Malaysia

Will Smith kembali buat album selepas dua dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selepas dua dekad, pelakon dan penyanyi rap, Will Smith akhirnya kembali dengan sebuah album baharu.

Lapor CNN, Smith yang mengumumkan perkara itu menerusi media sosialnya, bakal melancarkan album tersebut pada Mac ini.

“Album baharu saya yang bertajuk Based On A True Story bakal menemui pendengar pada 28 Mac ini.

“Sudah lama saya usahakan album ini dan tidak sabar rasanya untuk berkongsi dengan peminat,” tulisnya.

Kali terakhir Smith menghasilkan album adalah menerusi Lost and Found yang diterbitkan sekitar tahun 2005.

Antara komposer yang terlibat dalam penghasilan album terbarunya kali adalah Teyana Taylor, Jac Ross dan Obanga.

Smith kali ini kembali bekerjasama dengan DJ Jazzy Jeff yang sebelum ini pernah meledak menerusi single Summertime.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN