Arif-Roy King menyinar, mara ke separuh akhir Orleans Masters

Arif-Roy King terus menyinar, mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025

Arif Junaidi-Yap Roy King menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-19, 23-21 pada aksi pusingan pertama Terbuka Hong Kong di Koliseum Hong Kong hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta kejutan apabila menumbangkan pasangan ranking kesembilan dunia dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, sekali gus meneruskan cabaran Malaysia di kempen Orleans Masters 2025 di Palais de Sports, Perancis, hari ini.

Kemenangan 21-19, 21-18 itu menjadi kejayaan ketiga berturut-turut mereka ke atas pasangan Taiwan berkenaan, membuktikan kehebatan dan ketangkasan mereka di gelanggang.

Arif-Roy King yang kini berada di ranking ke-18 dunia semakin menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa sepanjang kejohanan ini.

Mereka bakal berdepan ujian getir dalam separuh akhir apabila dijangka turun menentang pilihan kedua kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pukul 1.40 pagi nanti.

Dengan prestasi memberangsangkan setakat ini, harapan menggunung disandarkan kepada Arif-Roy King untuk terus mencipta sensasi dan membawa cabaran negara ke pentas final. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN