Aaron-Wooi Yik tidak sertai BAC 2025?

Aaron-Wooi Yik tidak sertai BAC 2025?

AARON Chia-Soh Wooi Yik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status penyertaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 masih belum dimuktamadkan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, penyertaan Aaron-Wooi Yik bergantung kepada laporan akhir perubatan.

Katanya, pasukan kejurulatihan masih memantau tahap kecederaan Aaron sebelum menentukan sama ada bekas juara dunia itu akan beraksi di BAC atau perlu direhatkan.

“Kami menunggu laporan rasmi daripada pasukan fisioterapi.

“Keputusan sama ada Aaron-Wooi Yik akan bermain di BAC atau fokus kepada Piala Sudirman hanya akan dibuat selepas menilai keadaan sebenar,” kata Rexy.

Menurut Rexy, kecederaan yang dialami Aaron bukan sesuatu yang baharu kerana ia sebenarnya menimpa sejak penyertaan di Sukan Olimpik Paris 2024, tahun lalu.

Tahun lalu, pasangan beregu negara ini berjaya melangkah ke separuh akhir BAC sebelum tewas kepada rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Namun, musim ini menyaksikan prestasi mereka tidak menentu, termasuk kekalahan mengejut kepada gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard di Terbuka Switzerland serta tersingkir awal di All England dan Orleans Masters, baru-baru ini.

BAC 2025 dijadual berlangsung di Ningbo, China dari 8 hingga 13 April depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya