GAZA: Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan kumpulan pejuang Hamas berikrar untuk menentang idea pemindahan paksa penduduk Gaza, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan rancangan untuk ‘membersihkan’ wilayah yang dilanda perang. Selepas 15 bulan perang, Trump berkata, Gaza menjadi ‘tapak perobohan’, selain memaklumkan sudah berbincang dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II mengenai pemindahan rakyat Palestin keluar dari wilayah itu. “Saya mahu Mesir menerima mereka, dan saya mahu Jordan menerima…