TEL AVIV: Kabinet Israel telah mengundi untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza, sekaligus mengakhiri ketidakpastian selama beberapa hari sama ada gencatan itu akan berkuat kuasa hujung minggu ini atau sebaliknya. Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan gencatan senjata yang dijadualkan bermula hari ini, akan menghentikan pertempuran dan pengeboman dalam perang paling dahsyat di Gaza. Ia juga akan membenarkan pembebasan tebusan yang ditahan di wilayah tersebut…










