SoftBank umum pelaburan RM444 bilion di AS

SoftBank umum pelaburan RM444 bilion di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALM BEACH: Presiden terpilih, Donald Trump mengumumkan syarikat SoftBank berpangkalan di Jepun akan melabur sebanyak AS$100 billion (RM444 billion) di Amerika Syarikat (AS) sepanjang empat tahun akan datang.

Trump ketika tampil bersama Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank, Masayoshi Son berkata, pelaburan itu bakal mewujudkan 100,000 pekerjaan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur berkaitan, dengan wang berkenaan akan digunakan sebelum Trump menamatkan penggal pentabirannya.

Pengumuman itu menyuarakan ikrar serupa yang dibuat mereka pada Disember 2016 di Trump Tower, apabila Son memaklumkan akan membelanjakan AS$50 billion (RM222 billion) dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan.

Walaupun wang itu akhirnya dibelanjakan, tidak jelas sama ada jumlah pekerjaan tersebut berjaya dicipta.

Trump berkata, ikrar pelaburan terbaharu SoftBank adalah bukti ‘keyakinan besar’ terhadap masa depan AS.

Ikrar pelaburan yang dibuat pada sidang media di kelab Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida itu bertepatan dengan janji Trump untuk meningkatkan ekonomi AS dan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyatnya sepanjang penggal kedua beliau yang akan bermula awal tahun depan.

Saham SoftBank jug dilaporkan melonjak lebih tiga peratus dalam dagangan di Tokyo pada pagi semalam berikutan pengumuman itu.

Namun tidak jelas bagaimana syarikat Jepun itu merancang untuk membiayai janji pelaburan tersebut melihatkan laporan pendapatan terkini sehingga 30 September lalu, SoftBank Group mempunyai kira-kira AS$27 billion (RM120 billion) tunai pada kunci kira-kiranya.

“Dana Visi 2 syarikat juga mempunyai baki AS$3 billion (RM13 billion) untuk digunakan. Modal itu juga boleh datang daripada pembuat cip Arm Holdings,” kata sumber.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN