PU Riz jadi ikon jemaah haji

PU Riz jadi ikon jemaah haji

PU Riz (kanan) dalam satu majlis sejurus dilantik ikon jemaah haji baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah dan suami kepada selebriti popular Neelofa, PU Riz dilantik sebagai ikon jemaah haji syarikat Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. dalam satu majlis baru-baru ini.

Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, Datuk Mohd. Idzham Mohd. Isa berkata, selain itu, turut dilantik sebagai duta adalah pendakwah popular Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki dan Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah sebagai penasihat syariah.

“Pelantikan individu itu bagi membantu dalam aspek ilmiah kepada bakal jemaah haji tahun depan dan juga memberi pengalaman lain untuk mereka.

“Ini bermakna PU Riz akan membimbing jemaah lelaki manakala Ustazah Isfadiah pula akan membimbing jemaah wanita. Sementara itu Tengku Aziz sebagai penasihat kerana pengalamannya yang banyak dalam bidang haji dan umrah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Izham berkata, daripada segi bimbingan haji, pihaknya akan menyediakan modul seperti forum Islam, tadabbur al-Quran, khatam al-Quran.

“Kita berharap jemaah menerima manfaat dan akan menjadi insan yang lebih baik sesuai selaras dengan hasrat kami untuk membantu mereka menjadi insan lebih berilmu, beramal dan beragama,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd.Izham berkata, bagi melicinkan perjalanan di Mekah dan Madinah, mereka telah menubuhkan pasukan ‘response unit’ yang akan mengendalikan kenderaan jika terdapat jemaah yang sakit atau demam di Tanah Suci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN