Mayat yang ditemukan di Jalan Rawang Bypass lelaki warga tempatan

Mayat yang ditemukan di Jalan Rawang Bypass lelaki warga tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Identiti mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, Gombak dekat sini dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga tempatan.

Mayat berusia 48 tahun tersebut ditemukan dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian serta memakai helmet.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass pada pukul 9.30 pagi Isnin lalu.

“Pihak polis menemukan barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat dijalankan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN