Piastri ungguli acara pecut GP Qatar

Piastri ungguli acara pecut GP Qatar

PElUMBA Mclaren, Oscar Piastri memandu sebelum permulaan perlumbaan pecut menjelang Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pasukan Mclaren semakin hampir untuk menamatkan kemarau 26 tahun untuk merangkul gelaran pengeluar Formula Satu (F1) selepas pelumbanya, Oscar Piastri menjuarai perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Qatar, lewat malam tadi.

Rakan sepasukannya, Lando Norris menamatkan saingan di tempat kedua dengan kedua-dua mereka bertukar posisi pada garisan penamat.

Pasukan Ferrari menyaksikan Carlos Sainz berjaya menamatkan saingan di carta keempat dan Charles Leclerc (kelima), kini ketinggalan hanya 30 mata dengan berbaki 88 mata yang mampu direbut, termasuk perlumbaan utama esok dan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, minggu depan.

Mclaren boleh menjaminkan kejuaraan hari ini sekiranya mereka berjaya mengutip 15 mata lebih banyak daripada Ferrari.

Pelumba Mercedes, George Russell berjaya menamatkan perlumbaan sebanyak 19 pusingan itu di kedudukan ketiga, manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton berada di tempat keenam.

Pertukaran posisi di garisan penamat berkenaan dianggap sebagai ‘balas budi’ kepada Piastri yang sebelum ini memberikan kemenangan kepada Norris pada perlumbaan pecut di Brazil, bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya