Malaysia tegaskan kekal berkecuali

Malaysia tegaskan kekal berkecuali

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan pendiriannya untuk kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok ekonomi atau politik termasuk BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah strategik itu demi meningkatkan ekonomi negara.

“Kami menghormati peranan BRICS sebagai platform kerja­sama ekonomi yang penting di pering­kat global, namun Malaysia memilih untuk mengekalkan dasar luar yang neutral dan inklusif, tanpa terikat kepada blok ter­tentu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berkenaan pendirian Malaysia selaku rakan kongsi dalam BRICS.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak harus terikat kepada satu blok sahaja walaupun ada blok baharu yang meningkat naik.

“Kita lihat penyertaan dalam BRICS ini tidak menjadi satu masalah kerana negara menyertai BRICS ini juga menyertai dan mempunyai hubungan dagang yang baik dengan Eropah, AS dan negara lain.

“Ini bagi saya, hanya perkembangan dari masa ke masa dan keadaan sekarang nampaknya menuntut kita secara tegas, menjalin jaringan supaya kepentingan perdagangan kita terjaga.

“Sekarang bila ada satu blok baharu yang beri saingan, kita terus menjalin hubungan de­ngan kedua-dua, atau kalau boleh ketiga, keempat.

“Sebab itu bila Indonesia dan Thailand menyatakan minat, malah bersama memohon untuk Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kita pun ambil sikap sama. Global South, Eropah dan AS (tumpuan Malaysia),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN