Era lima dekad keluarga Bashar al-Assad berakhir

Era lima dekad keluarga Bashar al-Assad berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Pemerintahan Presi­den Syria, Bashar al-Assad selama 24 tahun berakhir selepas bandar utama negara itu jatuh ke tangan pembangkang hanya dalam sehari pertempuran.

Kumpulan pembangkang pim­­pinan Komander Hayat Tahrir al-Sham (HTS), Abu Mohammed al-Golani mengisytiharkan sudah menawan Damsyik dalam serangan kilat, semalam.

PEMERINTAHAN BASHAR TUMBANG

Tindakan itu menyebabkan Presiden, Bashar al-Assad me larikan diri ke lokasi yang tidak diketahui, sekali gus menamatkan lima dekad pemerintahan Baath di Syria.

Rentetan kejayaan mengejut HTS merampas Aleppo 27 November lalu, kumpulan itu terus mara menawan Hama, Latakia dalam tempoh kurang dua minggu, sebelum menggu lingkan kerajaan

Bashar dalam satu malam selepas menakluk Homs dan Damsyik.

“Selepas 50 ta­hun pe­nindasan di ba­wah pe­me­rin­tahan Baath dan 13 tahun jenayah, ke­­zaliman dan pemindahan paksa, kami mengumumkan hari ini berakhirnya tempoh gelap ini dan permulaan era baharu untuk Syria,” kata kumpulan itu di Telegram.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, Bashar meninggalkan Syria melalui lapangan terbang antarabangsa Damsyik sebelum pasukan keselamatan tentera meninggalkan kemudahan itu.

Sumber yang rapat dengan Hezbollah berkata, pejuang dari sekutu utama Bashar juga sudah meninggalkan kedudukan mereka di sekitar Damsyik.

Beribu-ribu penduduk Homs dan Damsyik berhimpun di jalan raya selepas tentera kerajaan berundur dari pusat bandar, menari sambil melaungkan ‘Assad sudah tiada, Damsyik sudah bebas’ dan ‘Hidup Syria’.

Pejuang pembangkang itu melepaskan tembakan ke udara untuk merayakan kejayaan mereka dan beberapa pemuda dilihat menurunkan poster Bashar dan tugu bapanya yang juga bekas

Presiden, Hafez al-Assad berikutan pengunduran tenteranya di banyak wilayah sejak seminggu lalu.

Kumpulan itu turut bertindak membebaskan beribu-ribu tahanan dari penjara bandar dengan pasukan keselamatan dilaporkan meninggalkan kawasan itu dengan tergesa-gesa selepas membakar dokumen mereka.

“Saya tidak percaya akhirnya dapat menikmati saat ini.

“Kami telah menunggu lama untuk hari ini. Kami akan memulakan sejarah baharu untuk Syria,” kata penduduk, Damsyik Amer Batha dalam nada sebak kepada AFP melalui panggilan telefon.

MASA DEPAN SYRIA

Pemantau berkata, tentera kerajaan juga sudah mengosongkan pos di Quneitra, berhampiran Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Jordan turut menggesa rakyatnya meninggalkan Syria secepat mungkin, begitu juga dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Russia, yang kedua-duanya mengekalkan tentera di Syria.

Sumber keselamatan Iraq memberitahu, Baghdad membenarkan lebih 2,000 tentera serta pegawai Syria yang me larikan diri dari barisan hadapan melalui lintasan sempadan Al-Qaim.

Perdana Men­teri Sy­ria, Mohammed al-Jalali berkata, beliau bersedia untuk beker­jasama dengan mana-mana pemimpin yang dipi­lih oleh rakyat dan me­negaskan negara itu perlu mengadakan pilihan raya bebas.

Dalam ucapan yang di­siarkan di media sosial, Mohammed Ghazi berkata, Syria mampu menjadi negara seperti negara-negara lain yang membina hubungan baik dengan jirannya dan dunia

Presiden terpilih AS, Do nald Trump berkata, Bashar telah me­ninggalkan negaranya selepas kehilangan sokongan Russia.

“Bashar telah tiada. Pelin dungnya, Russia yang diketuai oleh Vladimir Putin, tidak berminat untuk melindunginya lagi,” katanya di platform Truth Social.

Keruntuhan dramatik itu juga menandakan gelombang kejutan di Asia Barat, memberikan tamparan hebat kepada Russia dan Iran, yang kehilangan sekutu utama di tengah-tengah rantau itu dan mewujudkan lebih banyak ketidakpastian ketika perang Gaza masih memuncak.

Peristiwa itu mengejutkan ibu kota negara Arab dan me­nimbulkan kebimbangan ge­lombang baharu ketidakstabilan serantau.

Penganalisis berpendapat, jika Abu Mohammed menepati kata-katanya, maka ada peluang untuk Syria beralih kepada masa depan yang lebih pluralistik, demokratik dan disokong oleh PBB serta pertubuhan lain.

Tetapi HTS, dan beberapa rakan sekutunya, mempunyai masa lalu yang ekstrem, dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, malah disenaraikan sebagai organisasi pengganas yang dilarang oleh PBB dan beberapa kerajaan.

“Terdapat beberapa tanda awal yang menggalakkan peralihan kuasa boleh diuruskan dengan baik,

“Tetapi masih terdapat risiko yang serius Syria boleh menjurus ke arah Libya dan jatuh ke dalam jurang puak bersenjata yang bersaing dengan belenggu rompakan dan keganasan selama bertahun-tahun,” kata Pakar Keselamatan dan wartawan Britain, Frank Gardner. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN