GENEVA : Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengecam keputusan Israel untuk memutuskan hubungan dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi sokongan kepada pelarian Palestin. Tegasnya, langkah tersebut tidak akan menjadikan negara itu lebih selamat, malah meningkatkan penderitaan rakyat Gaza. “Biar saya jelaskan: Tiada alternatif lain kepada UNRWA. “Larangan ini tidak akan menjadikan Israel lebih selamat. Ia hanya akan mendalamkan penderitaan rakyat Gaza dan meningkatkan risiko penularan…










