MOSCOW: Kebimbangan mengenai Perang Dunia Ketiga meningkat apabila Russia dedah sedang melancarkan pengeluaran besar-besaran tempat perlindungan perang nuklear mudah alih. Langkah terbaharu itu berlaku selepas 1,000 hari konflik dengan Ukraine, yang meningkatkan kebimbangan pemimpin dunia bahawa Presiden Vladimir Putin mungkin mencetuskan perang nuklear. Putin mengubah doktrin nuklear Russia untuk menunjukkan ancaman kemusnahan besar-besaran jika Ukraine menyerang wilayahnya menggunakan senjata dibekalkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Sebagai tindak balas kepada…










