APA menu sajian anda pada hujung minggu ini? Jika belum ada lagi, jom cuba nasi mandi.
Cara pembuatannya cukup mudah dan hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur.
Paling penting, rasanya juga lazat seperti sajian yang dijual di kedai-kedai makanan Arab.
Untuk lauk-pauk pula, terpulang kepada anda sama ada mahu menikmatinya bersama ayam atau kambing.
Bahan-bahan
-1 kilogram beras basmati
-50 gram bawang putih
-2 biji bawang merah
-3 biji kayu manis
-3 biji bunga lawang
-3 biji bunga cengkih
-3 biji buah pelaga
-50 gram stok ayam
-20 gram garam
Cara penyediaan
-Rendam beras selama sejam.
-Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan di atas.
-Selepas itu, letak 1.5 liter air di dalam kuali, rebus hingga naik bau.
-Kemudian masukkan bahan-bahan rebusan di dalam periuk nasi.
-Masak nasi selama 45 minit.
-Selepas itu, masukkan pewarna safron di dalam periuk nasi dan tunggu 10 minit kemuduan gaulkan sebati.
-Sedia untuk dihidang bersama lauk-pauk seperti ayam atau kambing.
Fakta tentang nasi mandi
-‘Mandi’ berasal daripada bahasa Arab ‘nada’, yang berarti ‘embun’ dan mencerminkan tekstur lembap ‘berembun’.
-Terdapat banyak versi resepi menu ini seperti dari Iran, Iraq, Arab Saudi, Turki, Pakistan dan beberapa negara Asia Barat.
-Namun, asal-usulnya dikatakan dari Hadramaut-Yaman.










