BEIRUT: Hezbollah berkemungkinan bersetuju dengan gencatan senjata di bawah syarat tertentu, ketika Israel memberi amaran kepada orang awam supaya meninggalkan lebih banyak bandar di Lubnan untuk memperluaskan serangan terhadap kubu kumpulan itu. Pemimpin baharu Hezbollah, Naim Qassem berkata, pihaknya membuka pintu rundingan untuk gencatan senjata jika ditawarkan oleh Israel. “Jika Israel memutuskan untuk menghentikan pencerobohan, kami akan menerimanya, tetapi di bawah syarat-syarat yang bersesuaian dan tepat,” katanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan…