AS dakwa Israel buka laluan baharu untuk bantuan Gaza

AS dakwa Israel buka laluan baharu untuk bantuan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan Israel bersetuju untuk membuka satu lagi laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, ekoran tekanan Washington menetapkan tarikh akhir, minggu depan.

Sebelum ini, Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin memberi Israel tempoh sehingga 13 November depan, untuk memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza atau berisiko hilang sebahagian bantuan ketenteraan dari AS.

Tuntutan tersebut dibuat menerusi satu surat sebelum Pilihan Raya AS, yang menyaksikan Donald Trump sekali lagi dipilih sebagai Presiden.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, selepas membuka semula laluan Erez, Israel memaklumkan kepada AS untuk membuka satu lagi laluan baharu di Kissufim.

“Kami terus mendesak dan memantau mereka, termasuk dalam beberapa hari selepas pilihan raya, supaya mengambil langkah tambahan,” kata Miller.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana AS akan memantau pematuhan Israel terhadap tuntutan bantuan tersebut.

Kissufim, terletak berhampiran Kibbutz di seberang selatan Gaza yang diserang dalam serangan 7 Oktober lalu, kebanyakannya tidak digunakan kecuali oleh pihak tentera sejak Israel berundur dari Gaza pada 2005.

Tuntutan itu menggesa supaya Israel membenarkan sekurang-kurangnya 350 trak sehari memasuki Gaza, dan Miller mendakwa sebanyak 229 trak masuk ke wilayah itu pada Selasa.

Beliau berkata, Blinken berharap untuk menggunakan baki tempoh jawatannya untuk terus mendesak agar peperangan di Gaza dan Lubnan ditamatkan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×