PARIS: Perancis dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menghantar kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, Charles de Gaulle, dalam misi lanjutan dan mungkin merangkumi lawatan bersejarah pertama ke Jepun. Menurut Pakar Hubungan Antarabangsa Universiti Daito Bunka, Prof. Garren Mulloy, langkah itu bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada kedua-dua sekutu dan kuasa serantau yang bermusuhan. “Mesej di sebalik penempatan terbaharu Perancis ini tidak hanya ditujukan kepada satu negara, walaupun keutamaan mungkin China, tetapi juga…










