KABUL : Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Taliban Afghanistan akan melaksanakan undang-undang melarang media daripada menyiarkan gambar makhluk hidup, dengan pemberita dimaklumkan mengenai peraturan tersebut yang akan dikuatkuasakan secara berperingkat. Ia susulan pengumuman undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Taliban, baru-baru ini yang mengesahkan tafsiran ketat mereka terhadap undang-undang Islam sejak mengambil alih kuasa pada 2021. “Undang-undang ini terpakai di seluruh Afghanistan dan ia akan dilaksanakan secara beransur-ansur,” kata Jurucakap…










