80 peratus kawasan di Brazil terjejas akibat jerebu

80 peratus kawasan di Brazil terjejas akibat jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sebanyak 80 peratus kawasan di Brazil dilaporkan diliputi asap akibat kebakaran hutan yang mendorong penggunaan semula pelitup muka yang kali terakhir digunakan semasa pandemik Covid-19.

Negara terbesar di Amerika Selatan itu telah berbulan-bulan berdepan pencemaran udara yang melanda banyak kawasan di benua ini yang turut bergelut dengan kemarau ekstrem dan kebakaran.

Berjuta-juta hektar hutan dan tanah pertanian telah terbakar di Argentina, Brazil, Bolivia, Colombia, Ecuador, Paraguay, dan Peru.

Menurut Observatori Copernicus EU, lembangan Amazon, yang biasanya merupakan salah satu tempat terbasah di bumi, kini mengalami kebakaran terburuk dalam hampir dua dekad.

Pakar berkata, menghirup asap dari kebakaran ini mempunyai kesan yang setanding dengan mengambil empat atau lima batang rokok sehari.

Pencemaran udara boleh memburukkan bronkitis dan asma, dan risikonya semakin tinggi dengan tempoh pendedahan yang lebih lama, menurut Pakar Pediatrik, Renato Kfouri.
Sao Paulo, bandar metropolis terbesar di Latin Amerika, selama beberapa hari minggu lalu menduduki carta sebagai bandar paling tercemar di dunia oleh firma pemantauan yang berpangkalan di Swiss, IQAir.

Para pakar memberi amaran tentang pemantauan kualiti udara yang ketinggalan zaman di Brazil, serta kekurangan pelan kecemasan untuk mengatasi pencemaran asap.

Pihak berkuasa menyalahkan aktiviti manusia sebagai punca kebakaran terkini di Brazil, yang sering dikaitkan dengan pembukaan tanah untuk pertanian.

Negara jiran, Bolivia mengisytiharkan bencana nasional akibat kebakaran hutan yang menjejaskan kebanyakan jabatan Santa Cruz, dengan pihak berkuasa melaporkan 7.2 juta hektar telah terbakar sejak minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya