JAKARTA: Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis menyeru penganut semua agama agar bersatu bagi memastikan keharmonian sejagat dan mengelak konflik kemanusiaan. Beliau berkata demikian semasa lawatannya ke Masjid Istiqlal di sini yang juga masjid terbesar di Asia Tenggara. Katanya, perpaduan antara agama amat penting lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda keganasan dan konflik yang berleluasa. “Agama kini dijadikan punca perbalahan sedangkan ia sepatutnya menggalakkan keharmonian dan menjadi panduan bagi semua manusia,” katanya…










