ANKARA: Turkiye menyekat akses ke platform permainan video popular Roblox (RBLX.N) berikutan kebimbangan terhadap kandungan yang boleh menyebabkan tindakan keganasan dan penderaan kanak-kanak. Menteri Kehakiman, Yilman Tunc berkata, mahkamah Turkiye mengenakan sekatan akses di bawah siasatan oleh pendakwa raya di wilayah selatan Adana. “Negara kita bertanggungjawab untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan perlindungan kanak-kanak. “Menggunakan teknologi secara negatif tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam hantaran di platform media sosial,…

								
											








