Selangor, Johor dominasi hari terakhir olahraga Sukma 2024

Selangor, Johor dominasi hari terakhir olahraga Sukma 2024

KUARTET 4x100m Selangor yang diketuai Afrina (dua dari kiri) meraih emas di Sukma 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Selangor dan Johor mendominasi acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) 2024 apabila masing-masing meraih dua pingat emas pada hari terakhir acara olahraga di Stadium Sarawak, hari ini.

Jika pelari kebangsaan, Umar Osman dan A. Geetha mengetuai kontinjen Johor menambah dua lagi emas menerusi acara 800 meter (m), Selangor turut cemerlang ketika mendominasi acara 4X100m lelaki dan wanita.

Walaupun berdepan kekangan latihan, pelari sensasi Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal yang dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukma 2024 terus cemerlang apabila untuk mengesahkan pingat emas ketiga peribadi

“Kami hanya tahu akan sertai acara ini kira-kira sebulan sebelum Sukma berlangsung. Jadi dengan tempoh yang ada, kami hanya sempat adakan dua sesi latihan bersama dan ia lebih menjurus kepada pertukaran baton,” kata Afrina.

Dalam aksi tersebut, kuartet wanita Selangor yang dibarisi Nur Afrina, Dhanea Marsyella Eehsan Faez Sivam, Aina Batrisyia Abdullah dan Lie Yee Teng merekodkan 47.97 saat, mengatasi Johor (48.32s) dan Sarawak (48.38s)

Kaurtet lelaki Selangor, Ahmad Sufi Mohd Faiesal, Danish Irfan Tamrin, Muhammad Haziq Mohamad Akhir dan Adam Hakim Samsuddin memastikan emas kedua Selangor selepas mencatatkan masa terpantas, 40.86s diikuti Sabah (41.06s) dan Pahang (41.21s)

Acara lain menyaksikan Negeri Sembilan meraih emas dalam acara 20,000m jalan kaki wanita menerusi, Yee Zhi Xin, Tan Zhi Hang (Pulau Pinang) memenangi acara lompat jauh manakala jaguh Sarawak, Jonah Chang menambah emas ketiganya menerusi acara lontar tukul besi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN