Saintis Australia dakwa MH370 tersembunyi di Broken Ridge

Saintis Australia dakwa MH370 tersembunyi di Broken Ridge

Kerajaan diminta memperincikan terma dan syarat perjanjian yang dipersetujui dengan syarikat Ocean Infinity dalam pencarian bangkai pesawat MH370.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Saintis Australia mendakwa pesawat Malaysia Airlines MH370 tersembunyi di kawasan Broken Ridge, iaitu sebuah plat lautan sedalam 6,000 meter di tenggara Lautan Hindi sekali gus menyifatkan usaha pencarian dilakukan selama ini dibuat di lokasi yang salah.

Penyelidik sambilan di Universiti Tasmania, Vincent Lyne berkata, jurang dalam di plat bawah laut yang mempunyai gunung berapi itu dipercayai menjadi lokasi ‘persemadian’ MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac 2014.

“Broken Ridge adalah rabung dengan tebing yang curam dan sempit. Ia dikelilingi oleh lereng besar dan lubang dalam.

“Kawasan itu juga memiliki mendapan halus. Sekiranya benar MH370 terhempas di situ, usaha mengeluarkannya pasti sukar dilakukan,” jelas beliau dalam satu catatan di LinkedIn seperti laporan media United Kingdom (UK), The Independent.

Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang semasa melintasi ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Analisis data satelit menunjukkan, pesawat kemungkinan terhempas di satu tempat di selatan Lautan Hindi di luar pantai barat Australia namun usaha pencarian yang dijalankan selama bertahun-tahun hanya menemui jalan buntu.

Lyne menambah, Broken Ridge juga dikenali sebagai kawasan perairan berbatu yang bahaya serta kaya dengan spesies laut dalam baharu.

“Saya tidak tahu sama ada usaha pencarian MH370 akan disambung atau tidak. Itu terpulang kepada pihak berkuasa negara terlibat.

“Namun yang pasti, usaha pencarian sebelum ini gagal. Saya pasti sains telah berjaya menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN