Sabalenka layak ke final Terbuka Cincinnati

Sabalenka layak ke final Terbuka Cincinnati

ARYNA Sabalenka (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Iga Swiatek selepas aksi separuh akhir Terbuka Cincinnati di Mason, Ohio, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINCINNATI: Aryna Sabalenka mara ke final Terbuka Cincinnati buat kali pertama selepas menewaskan pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek 6-3, 6-3 dalam aksi separuh akhir kejohanan.

Pemain dari Belarus itu sebelum ini layak ke separuh akhir kejohanan empat kali bakal menjadi pemain kedua terbaik dunia seminggu sebelum bermulanya Terbuka Amerika Syarikat (AS).

“Akhirnya saya berjaya memecah halangan. Ia adalah pertempuran yang sangat sukar dengan Iga dan kami juga terpaksa bersabar dengan cuaca.

“Saya tidak terburu-buru. Saya percaya kepada diri sendiri. Saya hanya cuba untuk kekal berada di sana, meletakkan tekanan sebanyak yang boleh terhadap lawan dan saya memberi fokus kepada pukulan saya,” kata Sabalenka.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pemain AS, Jessica Pegula menewaskan Paula Badosa dari Sepanyol 6-2, 3-6, 6-3.

Sabalenka mendahului 5-1 pada set kedua namun Swiatek mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila kerap menyelamatkan pukulan mata akhir sebelum kemenangan berpihak kepada pemain berusia 26 tahun itu dalam aksi hampir dua jam.

“Persembahan yang cemerlang daripada saya dan saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini terutamanya menentang Iga.

“Kami selalu mempunyai pertarungan yang sukar dan mendapatkan kemenangan straight set…satu pencapaian untuk saya,” kata Sabalenka. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN