LONDON: Sebanyak 370 individu telah ditahan polis United Kingdom (UK) dalam tempoh seminggu susulan rusuhan anti pendatang di negara itu sejak minggu lalu.
Polis negara itu menjangkakan jumlah dijangka bertambah dalam masa terdekat, lapor BBC.
“Saya ingin meyakinkan orang ramai bahawa tindak balas polis di seluruh negara untuk menangani gangguan ini dan memastikan anda selamat.
“Semua pasukan telah diminta bukan sahaja untuk menambah bilangan petugas, tetapi untuk membantu memulihkan keamanan,” kata jurucakap polis dalam kenyataan.
Rusuhan di beberapa bandar Britain yang berlaku sejak kelmarin sehingga mencederakan polis dan kerosakan harta benda awam disifatkan paling besar sejak 13 tahun lalu.
Ia yang berpunca daripada kejadian pembunuhan tiga gadis di barat laut England, hujung Julai lalu.
Susulan itu, Perdana Menteri UK, Keir Starmer mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan langkah selanjutnya susulan rusuhan anti pendatang di negara itu yang semakin buruk.-AGENSI










