Russia dan Ukraine masing-masing tuduh punca kebakaran loji

Russia dan Ukraine masing-masing tuding jari punca kebakaran loji nuklear

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sebuah loji tenaga nuklear di selatan Ukraine terbakar pada Ahad, di mana badan pemerhati tenaga atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kebakaran tempat simpanan terbesar Eropah tersebut tidak terjejas.

Pakar memerhatikan asap gelap yang kuat dari kawasan utara loji kuasa nuklear Zaporizhzhia selepas letupan dilihat kedengaran pada waktu petang.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam media sosial X berkata bahawa tiada kesan yang telah dilaporkan untuk keselamatan nuklear.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ukraine dan Rusia saling tuding-menuding antara satu sama lain atas kejadian kebakaran tersebut.

“Enam unit dalam loji janakuasa itu berada dalam penutupan sejuk, tiada letupan atau bahaya lain,” kata Gabenor Wiayah Zaporizhzhia, Yevgeny Balitsky dalam satu kenyataan bertulis.

Tambah beliau, kebakaran tersebut berlaku dalam sistem penyejukan loji kuasa nuklear Zaporizhzhia akibat dibedil oleh tentera Ukraine.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa tentera Rusia yang memulakan kebakaran di Wilayah Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia.

“Sejak hari pertama rampasannya, Rusia telah menggunakan RFN Zaporizhzhia hanya untuk memeras ugut Ukraine, seluruh Eropah dan dunia,” kata Zelenskyy menerusi platform X.

Manakala menurut ketua pentadbiran tentera daerah Nikopol, Yevhen Yevtushenko dalam aplikasi telegram, kemudahan loji nuklear tersebut kini “beroperasi seperti biasa di bawah syarat pendudukan, demikian menurut Ukrinform.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini