PARIT BUNTAR: Sebanyak RM1 juta diperuntukan bagi pembinaan kemudahan awam untuk keselesaan pengunjung di kawasan rekreasi popular di Pantai Ban Pecah di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, antaranya ialah pembinaan 11 kiosk perniagaan di sepanjang pantai tersebut yang kini sudah siap pembinaannya. Menurutnya, kiosk perniagaan itu dibina lebih tersusun dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air serta ruang pejalan kaki untuk pengunjung. “Kiosk di pantai ini berkonsep beli bungkus, bukannya bermeja kerusi. Kita harap peniaga faham konsep ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya