SHANGHAI: Populasi haiwan peliharaan di China bakal mencecah dua kali ganda berbanding kanak-kanak pada 2030 susulan pasangan muda lebih memilih membela binatang berbanding memiliki anak sendiri. Menurut kajian didedahkan bank pelaburan, Goldman Sachs awal bulan ini, bilangan haiwan peliharaan dijangka mencecah 70 juta ekor pada hujung dekad ini, sementara populasi kanak-kanak bawah umur empat tahun kurang 40 juta. “Keadaan ini berlaku disebabkan kecenderungan golongan muda yang belum bersedia memiliki anak,”…