PARIS: Pemburuan pingat emas pelari pecut Sudan Selatan, Lucia Moris berakhir dengan tragedi apabila dia terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan ketika saringan 100 meter (m) wanita di Sukan Olimpik Paris. Moris, 23, memulakan perlumbaan dengan baik namun hilang keseimbangan dan terjatuh ketika perlumbaan berbaki 30m. Pasukan perubatan segera mendapatkannya bagi memberi bantuan selepas perlumbaan tamat dan dia dibawa keluar dari trek beberapa minit kemudian. Natacha Ngoye dari Congo memenangi…