PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou memulakan kempennya pada temasya 2024 di Paris, Perancis dengan kemenangan ke atas wakil Poland, Bartlomiej Mroz dalam saingan Kumpulan A di Arena Porte de La Chapelle, hari ini. Liek Hou yang meletakkan sasaran mempertahankan pingatnya itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set ke atas Mroz 21-10, 21-6 bagi perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan atas badan). Anak…