Indonesia rekod 88 kes mpox

Indonesia rekod 88 kes mpox

WHO mengisytiharkan wabak di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan selepas varian baharu dikenal pasti.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 88 kes virus cacar monyet atau mpox dari tahun 2022 hingga tahun ini, dengan kebanyakan kes dicatat di ibu negara.

Pemangku Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan dan Pengawalan Penyakit, Dr Yudhi Pramono mendedahkan, sebanyak 59 kes dilapor di Jakarta; Jawa Barat (13); Banten (9); tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta serta di Kepulauan Riau (1).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 87 kes telah pulih. Kebanyakan kes dilaporkan pada Oktober tahun lalu,” jelas Dr Yudhi hari ini seperti laporan Antara News.

Beliau memaklumkan, sebanyak 54 kes mpox tersebut membabitkan varian Clade 2b, yang mempunyai kadar kematian lebih rendah dan tersebar melalui hubungan seksual.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan memperketatkan kemasukan warga asing terutamanya dari Afrika ke republik ini.

Antara yang diberi perhatian di pintu masuk negara ialah sejarah perubatan, rekod perjalanan dan aktiviti seksual warga asing.

Menurut Dr Yudhi, kemasukan warga asing juga adalah cabaran utama Indonesia berikutan pertambahan kes mpox di Congo yang mencecah 2,999 kes.

Selain Indonesia, Filipina turut mencatat kes pertama mpox hari ini, membabitkan lelaki tempatan berusia 33 tahun di Manila yang tidak pernah ke luar negara.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN