PARIS: Petinju Ireland, Kellie Harrington mengumumkan persaraannya daripada sukan tinju selepas mempertahankan pingat emas di Sukan Olimpik Paris. Harrington, 34, membuat keputusan itu selepas menewaskan Yang Wenlu dari China menerusi keputusan juri dalam final kategori 60 kilogram (kg) wanita. Kemenangan tersebut menjadikan Harrington sebagai petinju Ireland pertama yang memenangi pingat emas dua kali berturut-turut selepas melakukannya di Olimpik Tokyo. “Apabila anda sampai ke puncak gunung, cari gunung yang lebih besar…