TOKYO: Satu gempa bumi sederhana menggegar Miyazaki City di Pulau Kyushu Jepun hari ini, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan. Stesen penyiar awam Jepun, NHK melaporkan, gegaran sekuat 3.7 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 12.42 tengah hari ini waktu tempatan pada kedalaman 17 kilometer. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menggesa orang ramai terus bersedia menghadapi gegaran lebih kuat berikutan ramalan gempa kuat di sepanjang pesisir pantai Pasifik yang menempatkan Jurang Nankai. Jumaat lalu, Perdana Menteri, Fumio Kishida terpaksa membatalkan lawatan ke Asia Tengah selepas saintis di negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya